Tuesday 29 November 2016

"Hujan emas di Negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.."


Sekarang ni, rata-rata parent tanya mengenai tempat percutian menarik untuk dilawati. Sebenarnya soalan “tempat percutian menarik” adalah soalan yang paling femes pada ketika ini. Aku pun tak faham kenapa hal ini masih berlaku sedangkan perbelanjaan kementerian pelancongan dah habis berjuta-juta untuk iklan sahaja.
Untuk artikel kali ini, saya akan senaraikan 5 lokasi pantai tercantik di malaysia yang bakal menarik minat anda.

1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang



Image result for pulau tioman
Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN. 
Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort.
2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu


Image result for pulau perhentian
Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai ‘Long Beach‘ di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya.
Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung ’backpacker’ gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan.
3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah



Image result for pantai tanjung rhu, langkawi
Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia.
Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.
4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah

Image result for pulau lankayan,sabah
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.
Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik.
5. Pantai Pulau Mabul, Sabah

Image result for pulau mabul,sabah
Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini.
Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.
Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju



4 comments:

  1. sangat menarik, stress pun boleh hilang skejap kalau pergi ni

    ReplyDelete
  2. saya pernah sampai sabah.tapi tak berkesempatan berkunjung di pulau2 tersebut disebabkan cuaca..harap lagi sekali dapatlah melancong lagi..hehehe..tq cik enaa...sukaa dengan blog anda

    ReplyDelete
  3. info yang sangat menarik.sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat untuk memilih destinasi percutian yang ingin dikunjungi.

    ReplyDelete