Tuesday 29 November 2016

Homestay yang UNIK di Malaysia..



Foto Kredit:limas

Homestay Malaysia
Ramai orang keliru, apa sebenarnya definisi homestay? Menurut Wikipedia, homestay atau dipanggil inap desa ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep inap desa dapat menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung tradisional.

Di sinilah kekeliruan berlaku. Dengan menggunakan istilah ‘rumah orang awam‘, ramai yang menggunakan rumah di bandar besar atau kecil, dan memanggilnya homestay juga. Rumah teres, malahan rumah pangsa yang tidak didiami lagi dijadikan homestay untuk menambah pendapatan. Ia tidak salah, cuma tidak berapa unik, jika pengunjung mahukan lebih dari sekadar tempat tidur. Terasa bagaikan tumpang tidur di rumah seseorang, dan dikenakan bayaran.

Saya senaraikan beberapa homestay Malaysia yang betul-betul terletak di kawasan kampung dan mempunyai ciri-ciri yang unik. Unik di sini bermaksud:

  • Homestay tersebut bukan sekadar rumah atau bilik semata-mata.
  • Mempunyai ruang yang luas dan lapang, dan mempunyai fasiliti lain. Bukan mahu kata bagaikan resort, cuma memadai.
  • Pihak homestay menyediakan aktiviti untuk pengunjung.
  • Dimana pengunjung boleh merasai suasana kampung yang sebenar-benarnya. Bukan sekadar tidur dan melepaskan lelah semata-mata, pengunjung boleh mengikut sekali melakukan aktiviti yang dilakukan oleh orang kampung.


1. Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

Foto Kredit: http://jcheerios.blogspot.com/2013/03/3-days-and-2-nights-at-homestay-haji_15.html

Sebenarnya, ada banyak sangat homestay di Kampung Sungai Haji Dorani. Gambar di atas hanyalah satu contoh sahaja. Mahu lihat sawah bendang depan mata? Boleh pandu kereta, hanya 120 km sahaja dari Kuala Lumpur

Orang bandar tentu dengar bunyi enjin kereta di jalanan setiap hari. Bayangkan, bila berehat di sini, bangun pagi terdengar bunyi burung berkicau. Buka tingkat, nampak sawah menghijau. Ah, cukup mendamaikan!

Foto kredit : kosmo.com.my
Membeli-belah di pekan Sungai Besar juga bakal buat isteri dan wanita kering poket. Bukan sahaja kuih dan kerepek yang murah-murah, banyak pilihan baju untuk kanak-kanak. Mewah juga dengan hasil laut di pasar.

Foto Kredit: homestayairmanis.com

Risau tentang nyamuk? Siap-siaplah beli ubat nyamuk sendiri kalau takut digigit  nyamuk.

Blog homestay JKKK menyenaraikan, antara tempat menarik yang boleh dilawati di Sabak Bernam ialah:

1. Kawasan Mini Estet Padi Kampong Sungai Haji Dorani.
2. Perusahaan membuat pelbagai jenis kerepek .
3. Perusahaan membuat keropok lekor .
4. Perusahaan membuat kuih tradisional dan bahulu.
5. Perusahaan / Kilang Nata De Coco dan minyak kelapa dara.
6. Perusahaan memproses kulit lembu.
7. Rumah tradisional dan ukiran.
8. Perusahaan membuat tapai.
9. Kilang padi / beras.
10. Tempat sejarah Lubok Pusing.
11. Masjid Jin.
12. Pusat Pemasaran Bio Asli ( Kosmetik dan ubatan ).
13. Pusat Pemulihan Akhlak Wanita .
14. Perusahaan minuman botol / oren.
15. Perusahan kuih muih ( frozen )
16. Institiut Latihan Dakwah Selangor ( ILDAS )
17. Mini Muzium Wak Surgi. 18. Muzium Pertanian dan Perikanan.
19. Balai cerap ( Pusat melihat anak bulan ). 20. Kawasan melihat kelip-kelip.
21. Kawasan memerhati burung enggang.
22. Pantai BNO.
23. Pasar Petang Sungai Haji Dorani ( setiap petang ).
24. Kebun mangga / mempelam ( mengikut musim )
25. Pangkalan Nelayan dan Pantai Sungai Haji Dorani

2. Homestay Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka

Desa Balqis juga tersenarai dalam entri terdahulu berkenaan tempat menarik di Malaysia. Uniknya, setiap 10 rumah yang ada di sana diberikan nama seperti panggilan pada pakcik dan makcik kita. Ia termasuk Pak Long, Pak Ngah, Balqis, Mama Penghulu, Pakcik, Adik & Kakak, Nenek, Atuk , Pak Ndak.

Foto Kredit: Desa Balqis

Asyik kerja, kerja, kerja sahaja. Kerja banyak mana, tidak akan habis. Apa kata pergi jauh dari hiruk-pikuk kotaraya dan singgah di sini. Antara kerinduan yang sudah lama kita tidak rasai ialah, apabila waktu Subuh pula dikejutkan oleh kokokan ayam. Menarik?

Rupanya, ramai orang yang dalam perjalan JB-KL atau KL-JB yang sengaja singgah ke sini. Cari ketenangan katanya!. Tidak kurang juga yang memilih Desa Balqis untuk family day. Jangan tidak percaya, ada yang sambut Hari Raya Aidilfitri di sini juga.

Foto Kredit: Desa Balqis

Jika ada anak kecil yang boring dan tidak tahu mahu buat apa, biarkan mereka berendam di kolam renang. Padang pun sangat luas, biarkan sahaja anak berlari-lari di sana tanpa risau. Macam zaman kita dulu-dulu!

Foto Kredit: Desa Balqis

Sungguh, suasana bagaikan kampung zaman dahulu, di tepi Selat Melaka. Silangkan kaki dan tarik nafas dalam-dalam. Bayangkan kita di zaman Portugis atau Belanda, sambil melihat kapal-kapal besar nun di seberang sana. Sungguh mendamaikan.

Maklumat lanjut: desabalqis.com & facebook.com/DesaBalqis

 3. Homestay D’ Kampung, Beseri, Perlis

Foto Kredit: http://anjasukma.blogspot.com/2013/06/homestay-d-kampung.html

Blog anjasukma menyenaraikan senarai penduduk kampung yang menyertai homestay D’ Kampung ini. Ujarnya lagi, jika sukakan suasana kampung atau ingin merasai sendiri pengalaman di kampung, semuanya ada di sini.

Realisasikan percutian anda di Rangkaian Homestay D’ Kampung yang cukup menarik. Terdiri dari beberapa buah homestay yang berdekatan di antara satu sama lain, mempunyai ciri-ciri dan rekabentuk tradisional, moden dan kombinasi kedua-duanya sekali.  Dibina di suatu kawasan yang luas dengan kawasan persekitaran yang menghijau , bagaikan anda berada di suatu perkampungan yang cukup indah.

Tidak rugi menginap di sini kerana lokasinya yang berdekatan dengan Tasik Melati, Gua Kelam, Taman Herba, Taman Ular, Ladang mempelam, Padang Besar dan Wang Kelian yang bersebelahan dengan Pusat Pertanian Agro Bukit Temiang.

Pembaca boleh memanfaatkan ilmu ini...sekian..

3 comments:

  1. wah, menarik. tq atas info dari saudari. senang saya nak melancong

    ReplyDelete
  2. wahh..mmenarik cik ena..saya harap anda teruskan dgn penulisan seperti ini

    ReplyDelete